KRISTIAN?
-ISLAM?
SIAPAKAH JIRAN KU?
Satu ketika seorang peguam bertanya pada Rabbana Isa soalan di atas dan Dia menjawab dengan cerita yang indah dalam sejarah pelayanannya, berkenaan seorang Samaria yang saleh. Cerita ini melibatkan seorang Yahudi dan seorang Samaria, yang negerinya bertelagah di antara sesama sendiri. Perompak-perompak telah menyerang dan merompak seorang Yahudi sehingga parah dan meninggalkannya begitu saja. Datanglah seorang berbangsa Samaria yang semasa itu bangsa yang hina-dina, menolong Yahudi yang cedera itu dan membayar perbelanjaan mengubatinya. Kesudahan cerita di situ sahaja, tetapi perbuatan kasih-sayang orang Samaria itu telah sampai kepada bangsa-bangsa lain yang bertelagah untuk dijadikan teladan dan iktibar sepertimana Isa telah mengajari . Kita seharusnya mengambil teladan dari cerita ini kerana kita juga hidup berjiranan dengan mereka yang berbeda-beda agama mereka. Namun begitu, kita tidak boleh hanya berdiam diri dengan perbezaan diantara Kristian dengan Islam.
ALLAH
Asas pengajaran Islam ialah keesaan Allah. Allah adalah Esa. Keesaan Allah di dalam Islam tidak dapat di terima oleh mereka pada Kristian yang bertakrif ketuhanan tiga aspek di dalam satu. Para Muslim kurang senang dengan takrif orang-orang Kristian tentang Ketuhanan bukan kerana membuktikan takrif itu adalah salah tetapi kerana tidak faham akan wujudnya keesaan sebegitu. Para Muslim kurang faham siapa itu Tuhan sebenarnya, dan hanya dapat mengungkapkan ciri-ciri-Nya dengan memakai istilah-istilah berunsur negatif seperti Tuhan bukan Roh, Tuhan bukanlah Kasih, dan sebagainya. Tuhan adalah berbeza secara mutlak daripada apa yang difikirkan oleh manusia.
Umat Kristian telah mencabar Islam atas pendapat keesaan. Dari manakah datangnya konsep keesaan ini? Mereka tidak dapat mengaku datangnya dari sains, sebab sains tidak lebih sempurna dari Tuhan. Tidak juga dari Kitab-kitab Suci. Jika mereka menyatakannya dari Allah, mereka mesti menangkiskan keharmonian yang wujud diantara dari Kitab Perjanjian Lama dan Baru. Oleh kerana tidak dapat meleraikannya maka mereka menuduh orang-orang Yahudi dan Kristian telah membuat perubahan pada Kitab Injil.
Pendapat orang-orang Islam berkenaan keesaan adalah satu kemusykilan bagi orang-orang Kristian iaitu pada sifat-sifat Allah. Al-Quran menyatakan Allah adalah pencipta sekalian alam dan segala-galanya, baik dan buruk, termasuk kejahatan. Ternyata :
- "Demi jiwa dan penyempurnaan-Nya. Diilhami-Nya (Allah) kedurhakaan dan ketakwaannya (Surat 91 Asy-Syams: 7- 8).
Jelas sekali dari ayat ini Allah memiliki dua sifat berlainan dan juga bertentangan oleh kerana Dialah yang mengilhamkan ketakwaan DAN kedurhakaan bersama-sama.
Allah adalah makhluk mutlak bebas, tidak terhad dalam apa yang Dia kehendaki. Dia tidak terikat dengan apa-apa perjanjian atau pun ikrar di mana manusia boleh menyatakan: "Tuhan yang berfirman sedemikian jadi seharusnya Dia MESTILAH menyempurnakannya!" Mungkin jua, Allah melakukannya sebagaimana kehendak-Nya. Orang-orang Islam dengan patuhnya mengikuti ajaran Quran dan sunnah Nabi dengan harapan Allah akan perkenankan dan menerima segala perbuatan mereka.
Allah maha berkuasa, Dia tidak senang disekat atau terpengaruh dengan apa-apa makhluk-Nya berkata, berfikir dan lakukan. H. Spencer, seorang Tokoh dari Pusat Pengkajian Islam Henry Martyn, berkata, perbezaan pendapat mengenai Allah menurut pandangan umat Muslim amat berbeza daripada takrif yang termaktub di dalam Kitab Suci Injil; yang mencerminkan Allah yang sentiasa mencari-cari mereka yang berdosa supaya mereka terselamat daripada kecelakaan yang kekal.
TUHAN DALAM KEPERCAYAAN KRISTIAN
Dalam kepercayaan Kristian Tuhan telah mengenalkan diri-Nya sendiri: bukan hanya melalui hukum-hakam-Nya atau pun melalui wahyu-wahyuNya, tetapi secara peribadi. Dia telah menjelmakan diri-Nya sebagai Tuhan yang akrab dengan manusia melalui Isa Almasih. Isa a.s. berkata "Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa." Dalam Perjanjian Lama terdapat gambaran yang jelas berkenaan Tuhan sebagai Bapa dalam hubungan Rabbana Isa dengan Bapa-Nya di Syurga. Nikmat dan tanda-tanda kebenaran menghantui setiap pemikiran manusia. Cuba fikirkan! Isa a.s. membenarkan manusia yang berdosa memanggil Tuhan mereka sebagai "Bapa!" Sebaliknya, ini tidak dapat didengari dari bibir orang-orang Islam.
Dalam Isa a.s. Tuhan menunjukkan betapa benci-Nya dengan dosa sehingga tidak langsung terdapat apa-apa kompromi dengan dosa. Jelas di tunjukkan pada sikapnya terhadap orang-orang Farisi; lebih-lebih lagi pada kematiannya di atas kayu salib, untuk menebus segala dosa-dosa:
"Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua" (Roma 8:32).
Dia adalah Tuhan yang membenci dosa hingga sanggup menebus dosa manusia dengan diri-Nya sendiri.
Melalui Isa a.s. Tuhan sendiri telah memasuki alam dunia. Dia bersimpati dengan kita dan berikrar melalui kematian Isa a.s. di kayu salib, agar dapat hidup kekal di akhirat kepada sesiapa yang menerimanya: "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan anak-Nya yang tunggal, supaya orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan memperoleh hidup yang kekal" (Yohanes 3:12).
MANUSIA DALAM ISLAM
Manusia dalam Islam adalah makhluk yang dijadikan dengan tujuan mematuhi perintah Allah. Tidak ada langsung kemungkinan bersatu dengan Tuhan. Malahan, apa-apa pengakuan demikian akan membuat seseorang merasa bersalah yang tidak dapat dinafikan, dosa yang tidak ada pengampunannya bagi orang-orang Islam yang meletakkan dirinya bersebelahan Allah. Ada juga saujana-saujana menyatakan Quran ada mengajar persekutuan antara Allah dengan manusia dalam ayat tersebut bahawa Allah sangat dekat dengan manusia bagaikan urat di leher-Nya. Namun begitu, berdekatan tidak bermakna persekutuan, dan bagi ajaran orang-orang Islam ini haruslah disingkirkan dari segala terjemahan.
MANUSIA DALAM KEPERCAYAAN KRISTIAN
Kitab Injil mengajar manusia dijadikan serupa dengan Tuhan, mengandungi ciri-ciri sifat Tuhan sendiri. Ini bermaksud manusia dapat bersuka dengan kehadiran Tuhan dan memuji-Nya, menyenangkan dan diberkati selamanya. Dengan bersandarkan dasar ini dapat kita fahamkan apa itu dosa Adam. Ia adalah tidak lain dari pemberontakkan dan memutarbalikkan nilai-nilai hidup. Kitab Injil mengajar bahawa dosa-dosa Adam telah turun pada semua manusia: "Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang dan dosa orang itu membawa kematian. Akibatnya maut menjangkiti segenap umat manusia, kerana itu semua orang berdosa" (Roma 5:12). Jadi, tidak mungkin manusia dapat melakukan sesuatu untuk menyenangkan Tuhan melainkan jika Tuhan sendiri mengkehendakinya. Yesaya berkata "Segala kesalehan kita seperti kain kotor" (Yesaya 64:6).
Oleh kerana manusia dapat menempuh hidup ini ke tahap-tahap yang tinggi dan melakukan sesuatu pada pencapaian yang tak diduga, telah melupakan diri, berakhir pada moral yang rendah, mencerminkan betapa ajaran kitab menjadikan manusia dari kejadian indah, telah durhaka. Dia memerlukan seorang penyelamat untuk perdamaian dengan Tuhan dan memulihkan kembali apa yang telah Tuhan rancangkan terhadapnya, penyelamatnya ialah Isa Almasih.
DOSA DALAM ISLAM
Dosa dalam Islam bukanlah dosa yang di syaratkan di dalam hati, minda dan kehendak yang diturunkan dari Adam, yang membelenggu manusia dan mesti dihapuskan sebelum ia bebas melayani Allah. Tidak perlu mengambil apa-apa tidakan untuk Allah mengendalikannya - kematian anak-Nya; sebab dosa tidak dapat mencemarkan Allah. Dia boleh mengampun tanpa apa-apa penjelasan dari diri-Nya atau pun manusia. Malahan, dosa boleh dikatakan sesuatu perbuatan salah dari hukum-hukum yang telah diadakan oleh nabi Muhammad. Orang-orang Islam selalunya melakukan dosa tanpa menyedari adanya hukum-hukum Allah, atau terlupa atau jua disebabkan dari kelemahan manusia sendiri.
DOSA DALAM KEPERCAYAAN KRISTIAN
Kitab Injil mengajar dosa itu adalah satu pencabaran dengan Tuhan yang berkuasa dan tidak boleh dibiarkan tanpa penghakiman. Ia terlibat dengan pertukaran asas sifat-sifat manusia dan perhubungan ia dengan Tuhan. Tuhan sebagai raja yang bertakhta di hati manusia sudah tidak wujud, malahan menganggap dirinya sebagai raja yang bertakhta, tanpa menyedari dirinya "raja di dalam belenggu." Dengarkan ratapannya "Aku manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?" (Roma 7:2). Hanya satu jalan saja untuk manusia: Tuhan sendiri yang boleh melepaskannya. "Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-Nya yang lahir dari seorang perempuan dan takluk pada hukum Taurat, diutus untuk menebus mereka yang takluk kepada hukum Taurat…" (Galatia 4: 4,5)
PENGAMPUNAN DALAM ISLAM
Pengampunan di dalam Islam tertakluk pada apa yang dilakukan oleh manusia "….yang sabar mengerjakan sembahyang dan bersedekah sebahagian kurnia yang telah diberikan kepadanya…mereka akan disediakan kehidupan akhirat yang baik" (Surat 13 Ar-Rad ayat 21- 24).
Ia akan diampunkan melalui perbuatan-perbuatan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Bagaimanapun, ada dosa-dosa yang tidak dapat pengampunan iaitu membunuh sesama Islam, penafian dan murtad. Orang-orang Islam tidak ada jaminan kukuh untuk memperolehi pengampunan dosa walhal betapa alim dan bertakwa pun kerana ini hanya terpulang kepada qadar Allah.
PENGAMPUNAN DALAM KEPERCAYAAN KRISTIAN
Di dalam Kitab Suci Injil, pengampunan dosa adalah berdasarkan kepada pengorbanan Rabbana Isa Almasih, yang juga bergelar Domba Allah. Pengampunannya merupakan bertaubat kepada Allah dan menerima pengorbanan penebusan Rabbana Isa Almasih.
Penerimaan ini adalah secara iman dan mempercayai akan penebusan penuh hukum-hukum Tuhan didalam pengorbanan yang cukup sempurna yang telah dicapai oleh kewafatan Al-Masih 'Isa demi kepatuhan-Nya yang cukup sempurna.
Proses pengampunan akan disempurnakan secara terus menerus melalui penyucian Rohul Kudus sehingga kembalinya kali kedua Rabbana Isa Almasih.
Kamu akan dapati pemulihan diri di dalam kepercayaan Kristian telah dilangsaikan oleh Allah sendiri dan menawarnya kepada kita semua sebagai satu Hadiah. Tetapi apakah pembayaranNya yang telah dibayar! Anak Allah telah meninggalkan kemuliaan Syurga dengan menepati janji-Nya disalibkan di kayu salib Roma, dihina dan dihujat oleh manusia - sebagai paparan kepada seluruh dunia. Waktu Dia disalibkan ialah pada waktu tengah-hari, langit bertukar menjadi gelap bagaikan alam menyembunyikan mukanya dalam takjub dan malu. Malaikat dan manusia tidak memahami berapa dalamnya pengorbanan-Nya. "Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuat-Nya menjadi dosa kerana kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah" (2 Korintus 5:21). Sanggupkah kamu mengeji Tuhan, dengan menolak satu-satunya tawaran penyelamatan-Nya bagaikan kamu tidak memerlukannya?
Bagaimanapun, menerima pengampunan-Nya akan merubah penghidupanmu buat selamanya. Penghidupan dosa yang telah mengorbankan Rabbana Isa Almasih disalibkan tidak dapat dihargai oleh mereka yang tidak ingin menerima-Nya. Ini tidak akan dicapai melainkan dengan bertaubat dan mematuhi Tuhan serta penyerahan hidup sepenuhnya kepada Isa Almasih sebagaimana Ia berkata "Lihat, aku berdiri di muka pintu dan mengetuk; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku" (Wahyu 3:20).