< Hari 28 : Zabur bab 127 >

Jikalau bukan Allah yang membina rumah,
Sia-sialah penat lelah orang yang membinanya;
Jikalau bukan Allah yang menjaga negeri,
Sis-sialah pengawal berjaga-jaga.

Maka sia-sialah kamu bangun subuh,
Dan jauh malam baru tidur,
Dan makan rezekimu dengan kelelahan;
Kerana demikianlah dikurniakan-Nya tidur kepada kekasih-Nya.

Kanak-kanak adalah warisan kurnia Allah;
Yang keluar dari rahim itu suatu pahala.

Seumpama beberapa anak panah di tangan orang gagah,
Demikianlah anak-anak pada masa muda.

Berbahagialah orang yang berserah kepada-Nya;
Tiadalah ia akan mendapat malu
Ketika berkata-kata dengan seterunya di pintu gerbang.

 

Apabila kaumuliakan Allah dalam hidupmu, rumah tanggamu dan pekerjaanmu, usahamu akan berjaya.

 

 

Undur | Mara | Indeks