< Hari 24 : Zabur bab 111 >

Sesungguhnya besar segala perbuatan Allah,
Dikaji oleh sekalian yang menikmatinya.

Pekerjaan-Nya mulia dan agung;
Dan kebenaran-Nya kekal selama-lamanya.

Telah diadakannya peringatan bagi kerjanya yang ajaib;
Allah Pemurah dan amat Penyayang.

Dia telah memberikan rezeki kepada orang yang bertaqwa;
Dia ingat perjanjian-Nya selama-lamanya.

Kepada kaum-Nya telah dinyatakan-Nya kuasa perbuatan-Nya,
Dalam mengurniai mereka warisan segala bangsa.

Perbuatan tangan-Nya adalah kesetiaan dan keadilan,
Dan pasti segala firman-Nya.

Segalanya teguh selama-lamanya.

Ia telah menghantar tebusan bagi kaum-Nya,
Dan berfirman perjanjian-Nya untuk selama-lamanya.
Nama-Nya kudus dan menggerunkan.

Taqwa kepada Allah permulaan kebijaksanaan;
Yang taat kepada-Nya adalah orang berakal.
Pujian bagi-Nya kekal selama-lamanya.

 

Segala perbuatan Allah adalah benar, baik dan bijaksana. Pujilah Allah Tuhanmu kerana sifat-Nya ini.

 

 

Undur | Mara | Indeks