< Hari 22 : Zabur bab 103 >
Betapa tinggi langit di atas bumi
Demikianlah besar kemurahan Allah atas segala yang bertaqwa.
Sejauh timur dari barat,
Demikianlah jauhnya Dia menjarakkan daripada kita segala kesalahan kita.
Seperti seorang bapa sayang akan anak-anaknya,
Demikianlah Allah menyayangi orang yang bertaqwa
Kerana Dia mengetahui keadaan kita,
Dan ingat, kita ini daripada debu.
Manusia itu umurnya seperti rumput,
Dan seperti pokok bunga di padang demikianlah ia berbunga.
Maka angin meniupnya, lalu dia lenyap;
Dan tempatnya pun tidak mengetahuinya lagi.
Tetapi kemurahan Allah dari azal tercurah ke atas segala yang bertaqwa kepada-Nya;
Dan kebenaran-Nya sampai kepada anak cucu;
Iaitu kepada sekalian yang memegang janji,
Dan kepada yang ingat akan pesanan-Nya.
|