< Hari 19 : Zabur bab 88 >

Ya Allah, ya Tuhan yang menyelamatkanku,
Aku telah berseru-seru kepada-Mu siang malam.

Biarlah doaku sampai ke hadrat-Mu
Dengarlah suaraku menyeru Engkau;
Kerana hatiku penuh dengan kedukaan,
Dan nyawaku telah hampir ke alam maut.

Aku telah termasuk bilangan orang yang terkubur,
Aku seperti insan tanpa pertolongan,
Yang dicampakkan di antara orang mati,
Seperti orang yang terbunuh, terbaring dalam kubur,
Dan yang tidak Kauingati lagi,
Sekaliannya diasingkan jauh daripada-Mu.

Engkau telah menaruhkan dalam lubang terkebawah,
Di tempat yang gelap, lagi dalam.

Kemurkaan-Mu menekanku,
Dan Engkau menindihku dengan gelora-Mu.

Telah Kaujauhkan daripadaku segala kenalanku,
Telah Kaujadikan aku kebencian mereka;
Dan aku terkurung tidak dapat melepaskan diri,
Mataku balut oleh kedurjanaan;
Ya Allah, sehari-hari aku menyeru-Mu,
Dan kutakahkan tangan kepada-Mu.

Sudikah Kaulakukan keajaiban kepada orang mati?

 

Berteriaklah kepada Allah ketika kau putus asa,
dan terus berteriak kepada-Nya.

 

 

Undur | Mara | Indeks