< Hari 10 : Zabur bab 42 >
Seperti rusa merindui air sungai,
Demikianlah jiwaku merindui-Mu, ya Allah.
Jiwaku dahaga akan Allah, akan Allah yang hidup;
Bilakah aku akan mengadap hadrat Allah?
Air mataku telah menjadi rezekiku siang malam,
Sedang orang sentiasa berkata kepadaku, "Di mana Tuhanmu?"
Apabila ini kukenang, kucurahkan seluruh batinku,
Betapa sering kusertai orang ramai ke rumah Allah,
Dengan sorak dan puji-pujian mereka merayakan hari suci.
Mengapakah kau muram, hai jiwaku?
Mengapakah kau resah dalam diriku?
Sandarkan harapan kepada Allah; aku akan terus memuji-Nya
Kerana segala pertolongan dari hadirat-Nya.
|