< Hari 4 : Zabur bab 23 >
Allah gembalaku; tiadalah aku kekurangan kelak.
Dibaringkan-Nya aku di padang berumput hijau,
 Dibimbing-Nya aku ke tepi air tenang.
Maka disegarkan-Nya jiwaku,
 Dibawa-Nya aku di jalan kebenaran
 Demi nama-Nya.
Ya, walaupun aku menjalani lembah bayang-bayang maut,
 Tidaklah kutakuti kejahatan; kerana Engkau bersamaku,
 Gada dan tongkat-Mu melipur hatiku.
Kausediakan meja untukku di hadapan segala seteruku;
 Kauurapi kepalaku dengan minyak;
 Maka melimpahlah pialaku.
Sesungguhnya kebajikan dan kemurahan akan mengiringiku seumur hidup,
 Dan aku akan tinggal di rumah Allah selama-lamanya.
| 
 |