FIRMAN SIAPAKAH INI ?

Pada sejarah awal Islam, Sahabat Nabi Muhammad, iaitu Abdullah bin Mas'ud telah pantang menerima beberapa Surah-surah yang ada di dalam al-Quran hari ini. Adalah wajar bagi kita meneliti ayat-ayat tersebut dan sebab-sebabnya ayat-ayat tersebut ditolak oleh salah seorang sahabat karib dan pembantu Nabi sendiri.

Satu Contoh yang sungguh menarik sekali ialah kandungan Surah Pembukaan yakni Surah al-Fatihah. Ia mengandungi tujuh baris ayat dan diletak di permulaan al-Quran. Ayat-ayat ini juga penting bagi doa-doa Islam. Satu terjemahan dalam Bahasa Inggeris adalah seperti tersebut:

"In the name of God, the Compassionate, the Merciful!
Praise be to God, the Lord of the Worlds, the Compassionate,
the Merciful, the Master of the judgement Day!
You (alone) we worship and from You (alone) we seek help.
Guide us to the straight path,
the path of those on whom You have bestowed bounty,
not of those with whom You are angry
and who have gone astray!"

Dalam bahasa serantau pula inilah terjemahannya:

"Dengan nama Allah yang Mahapengasih, Penyayang!
Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam,
Yang Mahapengasih, Penyayang,
lagi mempunyai penguasa hari pembalasan
Hanya Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah
dan hanya kepada Engkaulah kamu minta pertolongan.
Tunjukilah kami kejalan yang lurus,
yaitu jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,
sedang mereka itu bukan orang2
yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat."

Apakah kata-kata ini sebenarnya firman Tuhan? Mungkin jauh sekali! Daripada kandungan ayat-ayat di atas sudah cukup jelas bahawa mereka adalah daripada kata-kata Nabi Muhammad sendiri. Kerana nas tersebut merupakan pujaan dan pujian kepada Tuhan, perghormatan kepada-Nya dan permintaan doa bagi pertolongan daripada-Nya. Adakah Allah sendiri mengucap:"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Yang Mahapengasih, Penyayang, lagi mempunyai penguasa hari pembalasan..." kepada diri-Nya ? Jawapannya "Tidak"!

Masalah ini tidak akan timbul jika Surah al-Fatihah ini dimulakan dengan perkataan Arab "Qul" yang bermaksud "Kata" seperti yang terdapat pada ayat-ayat al-Quran yang lain contohnya

surah 112 ayat 1: "Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa...", atau
surah 109 ayat 1: "Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir...", atau
surah 18 ayat 110: "Katakanlah: Sesungguhnya aku seorang manusia seumpama kamu..." dsb-nya.

Adalah tidak logik lagi tidak masuk akal bagi Allah mengucap: "Tunjukilah kami kejalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang Yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang2 yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat."

Jadi sudah mustahillah bagi Surah al-Fatihah ini merupai firman Allah kerana segala kandungannya adalah pujaan serta permintaan perlindungan daripada Tuhan, tetapi sebaliknya, nas ini ialah sebenarnya kata-kata Nabi Muhammad sendiri dan satu doa yang telah digubah olehnya.

Inilah sebabnya-diantara lain, mengapa Abdullah bin Mas'ud telah menolak bukan sahaja Surah-surah seperti surah al-Fatihah, tetapi juga Surah al-Falaq dan surah an-Nas sebagai sebahagian daripada al-Quran. Kedua-dua surah tersebut mengandungi ungkapan-ungkapan "Aku berlindung kepada Tuhan..." Abdullah Mas'ud adalah seorang Sahabat yang akrab kepada Nabi Muhammad dan juga seorang penghafaz dan juga pencatit kandungan al-Quran.

Di dalam al-Quran terdapat banyak contoh kekeliruan dan juga percanggahan-percanggahan diantara dua sumber ucapan. Satu adalah Tuhan Allah, dan satu lagi Muhammad sendiri, di dalam ayat-ayat yang sama !

Contohnya di dalam surah al-Israak ayat 1 dimana terdapat satu-satunya cerita mengenai perjalanan malam Nabi Muhammad.

"Mahasuci Tuhan yang memperjalankan hambaNya pada malam hari, dari masjid il-Haram ke masjid yang amat jauh (Baitul-Makkdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat."

Ungkapan "Mahasuci Tuhan yang memperjalankan..." itu tidaklah diucapkan oleh Allah sendiri oleh kerana Allah tidak memuliakan diri-Nya sendiri! Apakah Allah itu perlu membesar-besarkan diri-Nya? Atau Dia perlu menonjol-nonjol kemuliaanNya dengan sendiriNya? Sebaliknya itu adalah kata-kata Nabi Islam sendiri, diucapkan sebagai ucapan terimakasih kepada Tuhan kerana berkat anugerah-Nya. Ungkapan selepasnya itu yang menceritakan tentang masjid il-Haram ke masjid yang amat jauh (Baitul-Makkdis), yang "telah Kami berkati sekelilingnya..." adalah ucapan daripada Allah. Juga sama seperti ungkapan seterusnya "supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat Kami.." Akan tetapi kata-kata penutupnya "Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat" mungkin sekali adalah kata-kata Nabi Muhammad dan bukan kata-kata Allah.

Ada pun ayat-ayat seperti di atas yang dengan mudah dapat diterangkan. Tetapi ada pula nas-nas lain yang membawa kemusykilan yang tersendirinya. Salah satu diantara yang lain adalah Surah 33 (al-Ahzaab) ayat 21-24. Ayat 21 berbunyi:

"Sesungguhnya pada rasul Allah(Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu. Yaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan hari yang Kemudian, serta ia banyak mengingat Allah." Sudah tentu jika Allah yang mengucapkannya, ragam ayatnya akan berbedza dan akan berbunyi seperti berikut : "Mereka yang mencari-cari dan mengharapkan Aku (Tuhan) haruslah mengambil rasul-Ku sebagai ikutan (teladan) mereka."

Dalam ayat-ayat 22 dan 23 pula, pengikut-pengikut Nabi dipuji kerana bersetia teguh semasa peperangan parit disekeliling kota Madinah tetapi ayat 24 pula menambahkan satu syarat "Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jikalau dikehendakiNya atau diterima-Nya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang." Disini, sekali lagi, bukanlah Allah tetapi Nabi Muhammad yang mengucap kata-kata itu. Jika Allah sendiri yang menyatakannya, sudah tentu ia akan berbunyi seperti: "Supaya Kami membalasi orang-orang benar kerana kebenarannya.."

Satu catatan melapurkan bahawa Nabi Allah, sambil beliau sedang menyiapkan ekspidisinya menyerang umat Roma di negeri Syam pada 8 AH.Beliau telah menanyakan sebabnya mengapa Al-Jadd bin Qais, ketua satu suku kelompok Madinah, tidak peri berperang bersama-sama rombongan mereka tahun itu. Dalam jawabannya, al-Jadd bin Qais berkata kepada Nabi Muhammad, "Ampunilah saya dan selamatkanlah saya daripada godaan! Saya amat berminat kepada para wanita, dan amat risau jika melihat wanita-wanita Bizantium itu, saya tidak dapat menahan godaan saya itu."

Ini pula telah membawa kepada turunnya ayat 49 surah 9 at-Tauba yang berkata: "Diantara mereka ada yang berkata : Izinkanlah saya tiada pergi berjuang dan janganlah saya difitnahkan. Ingatlah, sungguh mereka telah jatuh dalam fitnah itu. Sesungguhnya neraka jahannam meliputi orang-orang yang kafir." Sudah jelas sekali kata-kata ini adalah dari mulut Nabi, bukan daripada Allah, kerana al-Jadd bin Qais telah memohon keizinan daripada Muhammad, dan bukan daripada Allah, supaya dia dikecualikan dari peperangan itu! Jadi Muhammadlah yang telah memberi jawabannya kepada beliau.

Kewujudan kemusykilan dan kekeliruan di antara kata-kata Allah dan kata-kata rasullulah sudah pun disahkan dan tidak dapat dinafikan sama sekali.

Adakala ragam ayat dan strukturnya membuktikan bahwa Nabi Muhammad yang berucap dengan meluahkan kata-kata kusyuk dan kesyukurannya kepada Tuhan Allahnya. Pada masa yang lain pula Tuhan sendiri yang berbicara firman-Nya dengan memulakan nas ayat-ayat-Nya dengan ungkapan 'Qul' - Katakan.

Kekeliruan diantara firman Allah dan kata-kata Muhammad jelas lagi terbukti dari ayat-ayat Surah Yunos ayat 99 dan 100.

"Jika Tuhanmu mengkehendaki, nescaya beriman sekalian orang yang dibumi semuanya. Adakah engkau memaksa manusia, supaya mereka beriman?"

"Tiadalah seseorang, melainkan dengan izin Allah. Dia menjadikan siksaan atas orang yang tiada berfikir."

Ayat 99 adalah firman Allah kepada Muhammad, tetapi sebaliknya ayat 100 ungkapannya merupakan kata-kata Muhammad sebagai satu penglipur bagi dirinya, supaya perasaan keciwa, putus asa serta kemarahan Nabi terhadap para pendengar beliau yang tidak menerima utusannya, dapat dihilangkan. Bagi Tuhan Allah sendiri, yang telah mentakdirkan segelintir manusia supaya menjadi kafir, ketidak-percayaan kelompok manusia ini sememangnya tidak akan mengejutkan-Nya atau pun menyebabkan Tuhan berasa marah!

Juga, kita sudah pun meneliti kata-kata dari Surah 33 ayat 24 yang jelas berasal daripada Nabi Muhammad (dan bukan Tuhan) yang berbunyi : "Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jikalau dikehendakiNya atau diterima-Nya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang."

Para umat Arab zaman jahiliyyah yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad amatlah tidak stabil pegangan mereka dan senang sahaja terbawa-bawa oleh tiupan angin dari mana-mana haluan. Jadi, tidaklah mengherankan apabila sekumpulan Muslim daripada Mekah telah menganggotai angkatan perang Abu Jahal lalu menentang Nabi Muhammad di Badr. Ketidakstabilan serta ketidaksetiaan golongan ini yang juga amat miskin, telah menimbulkan kemarahan Allah sehingga turunnya surah an-Nisaak ayat-ayat 97-99.

"Sesungguhnya orang yang diwafatkan malaikat, sedang mereka menganiaya dirinya, malaikat berkata: 'Dalam apakah kamu berada?' Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah di tanah air kami. Berkata malaikat,'Tiadakah Bumi Allah itu lapang, lalu kamu berhijrah kepadanya?' Maka tempat mereka itu neraka jahannam dan itulah sejahat-jahat tempat tinggal'(ayat 97).

"Kecuali umat yang lemah diantara lelaki-lelaki dan perempuan dan kanak-kanak, mereka tiada berdaya dan tiada mendapat suatu jalan. Mudah-mudahan Allah akan memaafkan mereka, dan Allah Pemaaf lagi Pengampun"(ayat 98-99).

Di kota Mekah sebelumnya peristiwa Hijrah, Tuhan telah turunkan kepada Muhammad perintah yang sopan dan tertib seperti berikut:

"Serulah manusia ke jalan agama Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan jalan yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui mereka yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui umat yang mendapat petunjuk." Surah an-Nahl ayat 126.

Sebaliknya, beberapa tahun sesudah itu, apabila Islam telah dibangkitnya Muhammad sebagai satu kuasa politik, dia telah berjaya memasuki kota Makkah dengan mengetuai seangkatan perang. Sebaik sahaja pencapaian ini, nada perintah-perintah Allah telah berubah menjadi lebih keras, memaksa dan mendesak. Seperti berikut:

"Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah kamu memerangi umat-umat musyrik di mana-mana kamu jumpai (mereka) dan hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan duduklah mengintip mereka pada tiap-tiap jalan yang dilalui mereka." Surah at-Taubah ayat 5.

Sebagai manusia fana yang memiliki belenggu-belenggu dan ciri-ciri kelemahan yang menghadkan seseorang itu, sudah menjadi satu sifat lazim bagi seorang menunjukkan reaksi atau tindak-balas yang berbedza apabila menghadapi situasi-situasi rumit lagi mencabar daripada situasi sebaliknya; seperti kejayaan dan penaklukan. Tetapi apabila kita mengambil-kira sifat-sifat ilahi Tuhan seperti mahakuasa-Nya serta mahamengetahui-Nya, adalah mustahil bagi Tuhan Allah sama-sama mengalami reaksi-reaksi insaniah seperti diatas ini!

Walau bagaimanapun, syor bahawa "Tidak ada paksaan dalam agama..."(surah 2/257), yang telah diturun pada tahun 1 selepas Hijrah (AH), telah diikuti satu tahun selepas itu oleh perintah untuk "Perangilah kamu pada jalan Allah..." (surah 2, 190 & 244). Dan juga diikuti oleh amaran bahawa "Tidak sama para Mukmin yang duduk berdiam diri dengan mereka (para Mukmin) yang berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya, kecuali mereka yang ditimpa kemelaratan." Surah 4 ayat 95.

Para Muslimin ini diwajibkan berperang bagi perjuangan Allah, di mana sebaliknya setahun sebelumnya mereka ini kononnya tidak boleh dipaksa menganuti agama Islam (QS 2/257), jika mereka enggan berbuat demikian! Juga, ayat-ayat diatas memberitahu pengikut-pengikut Islam bahawa 'persamaan' diantara mereka bukanlah sama rata semuanya. Pengikut-pengikut yang hanya mengakui syahadat Islam tidaklah setanding dengan mereka yang juga menderma harta-benda atau wang mereka bagi perjuangan Islam atau dengan mereka yang menghunus pedang-pedang mereka di medan peperangan dalam perkembangannya.

Di kota Mekah sebelum peristiwa Hijrah Allah telah mengwahyu kepada Muhammad bahawa :

"Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan orang dengan jalan yang terbaik, lalu sekonyong-konyong (tidak disangka-sangka) mereka yang ada permusuhan antara kamu dengan dia menjadi sahabat yang karib." Surah as-Sajdah ay.34.

Di Madinah pula, Allah telah menurun perintah-perintah yang bertentangan kepada Rasul-Nya iaitu:

"Maka janganlah kamu lemah dan menyeru kepada pendamaian sedang kamu orang tertinggi dan akan menang! Surah Muhammad ay.35

Pertentangan-pertentangan yang ketara seperti di atas jarang melepasi perhatian para pengkaji al-Quran. Ada juga contoh-contoh yang lain seperti persoalan yang Tuhan mahakuasa telah menuju kepada.umat Arab di Hijaz. Satu daripadanya ialah persoalan mengenai Air dalam surah al-Waaqi'ah ayat 68-69 : "Adakah kamu lihat air yang kamu minum ? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kamikah menurunkannya ?"

Sebaliknya, di nas-nas al-Quran yang lain, Pencipta semesta alam dinampakkan sebagai serba memerlukan, sama seperti insan-insan ciptaan-Nya. Satu petikan adalah daripada surah al-Hadid ayat 25:

"Dan Kami turunkan besi, untuk mendapat kekuatan yang sangat dan beberapa menafa'at bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya (dan agamaNya) serta rasul-rasul-Nya." Surah al-Hadiid ay.25

Ayat ini membawa maksud yang merupakan bahawa hanya manusia yang mengunakan pedang di medan perang merupakan umat yang benar-benar menolong Allah dan menyokongNya serta Rasul-Nya.

Kewujudan ayat-ayat yang dimansukhkan dan yang memansuhkan juga membawa masalah bagi al-Quran. Para pentafsir al-Quran dan juga ahli-ahli Ulamak Islam telah cuba mengumpul dan menjelaskan ayat-ayat mansukh dan nasikh ini. Ayat-ayat yang diwahyukan telah dimansuhkan oleh ayat-ayat lain yang diturunkan selepasnya atau yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan ayat yang lebih awal itu.

Bertukar fikiran dan membatalkan sesuatu keputusan itu adalah satu amalan yang lazim dipraktik oleh manusia yang fana. Kerana mana-mana insan yang fana tidak mampu mengetahui segala-sesuatu fakta-fakta atau faktor-faktor berkenaan yang membawa kesan keatas keputusan dan pilihan yang dibuatnya. Pemikiran, minda dan pancaindera setiap insan adalah terhad daya upayanya dan seringkali terpedaya oleh samaran-samaran yang diada-adakan dan juga oleh tipu muslihat. Walaupun begitu manusia berupaya belajar dari kesilapan-kesilapannya dan mengelak daripada melakukan kesilapan itu di masa depan.

Jadi, tidaklah mengherankan apabila manusia mengubah fikiran serta membuat pindaan kepada rancangan-rancangan mereka. Sebaliknya pula, adalah amat tidak memasuki akal bagi Allah yang mahakuasa lagi mahamengetahui, untuk 'memansuhkan perintah-perintah-Nya' dengan sewenang-wenangnya.Ini menyebabkan musuh-musuh Muhammad tertawakannya dan mengejeknya kerana Muhammad telah memberi satu arahan dan membatalkannya pada hari keesokannya! Ejekan-ejekan mereka telah dijawab oleh surah al-Baqarah ayat 100 :

"Apa-apa ayat yang Kami ubah atau Kami lupakan kepadamu, Kami datangkan gantinya dengan yang lebih baik daripadaNya atau yang seumpamanya. Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah itu mahakuasa..?" Surah al-Baqarah ay.106.

Pada hakikinyalah kerana Allah itu mahakuasa lagi mahamengetahui; Dia tidak akan mengwahyukan suatu ayat lalu memansuhkannya! Ciri-ciri-Nya diatas adalah zat dan sifat-sifat ilahi-Nya yang abadi, demi itulah Allah tidak terikat kepada kelemahan-kelemahan manusia dan Dia berupaya memberikan arahan-arahan-Nya yang tidak perlu dimansuhkan. Setiap manusia yang menggunakan fikiran harus menanyakan 'Kenapakah arahan-arahan dan perintah Tuhan mahakuasa itu harus ditarik balik dan dimansuhkanNya?' Apakah tidak ada percanggahan dan pertentangan dalam ayat surah al-baqarah diatas?

Kerana Tuhan itu mahakuasa lagi serba mengetahui segala-galanya, dari pangkal ke hujung jalan dan sebaliknya, apakah Dia tidak berdaya memberikan wahyu yang sempurna itu TERLEBIH DAHULU ?? Mengapa tidak?

Jika al-Quran itu benar-benar firman daripada Tuhan, ia seharusnya tidak dicemari apa-apa kelemahan-kelemahan dan kecacatan yang terdapat dikalangan umat manusia. Tetapi, pertentangan dalam ayat-ayat diatas amat jelas sekali. Sudah tentu Tuhan mengetahui apa-apa wahyu yang diturunkanNya, lebih-lebih lagi sebagai Yang Mahakuasa itu, kenapakah Tuhan tidak berdaya memberikan wahyuNya yang sempurna terlebih dahulu supaya tidak payah ditarik balik lagi? Kenapa Tidak? Sehingga hari ini, Soalan-soalan diatas masih lagi tidak terjawab dengan waras dan memuaskan oleh mana-mana ulamak - ulamak Islam.