a) Persoalan Hak-hak Asasi manusia dan Kebebasan Beragama
Mengapakah Islam dan para pemimpinnya menyekat kebebasan beragama orang-orang Muslim sendiri ?
Dalam perkara ini, kita dapat melihat pengakuan seorang penulis dan pemikir dunia Islam terkenal - Ziauddin Sardar, yang telah mengakui bahawa :
"Umat Islam amat lantang dan pantas membantah Amerika sebagai "talam dua muka"...tetapi sangat jarang ia berani mempersoalkan sifat talam dua muka yang wujud dalam dunia Islam kita sendiri..."
contoh yang diberikannya ialah:
"Orang Islam hari ini dengan bangga tuntut bahawa Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di Barat masakini. Pendakwah-pendakwah serta mubaligh Muslim dari Arab Saudi ke Pakistan telah mengembang tafsiran-tafsiran Islam mereka masing-masing tanpa halangan (di barat). Tetapi sebaliknya kehadiran para mubaligh dan penginjil-penginjil Kristian di tempat-tempat Islam tidak sekalipun disenangi atau dibenarkan, mereka harus dihalang dan dipenjarakan!"
En.Ziauddin Sardar, Sunday Observer (UK) pada September 23, 2001.
Dengan komen beliau ini, Encik Ziauddin Sardar bukan sahaja membantah hukuman penjara seramai 24 orang dari barat dan Afghanistan beragama Kristian (pada pertengahan 2001), beliau juga merujuk kepada beberapa negeri Islam - seperti Malaysia dan Mesir, yang memperalatkan sistem perundangan untuk menghalang dua perkara asasi dan utama yaitu :
(i) Kebebasan beragama orang Melayu yang ingin memeluk agama Kristian tanpa halangan (kes Malaysia),
dan
(ii) perkembangan penginjilan di antara orang-orang Islam (tetapi pendakwahan/pengislaman di antara orang-orang bukan Islam digiatkan dan diberi sokongan dan ganjaran lumayan).
Jikalau Islam yakin ia memihak kepada kebenaran, kenapa pula ia harus mempergunakan hukuman-hukuman keras untuk mempastikan ketaatan dan kesetiaan pengikut-pengikutnya ? Inilah sebenarnya nama lain untuk kekerasan dan pemaksaan dalam agama sesungguhnya, serta amalan kuno ini juga amat menyekatkan suara hati (conscience) fitrah manusia. Bukankah ini satu sifat munafik dalam Islam?
Kebenaran sesungguhnya tidak terikat dan tidak bergantung kepada pemaksaan dan kekerasan - seperti mana sistem Islam menghukumi manusia yang ia gelarkan para 'murtad'- yakni dengan pembunuhan dan macam-macam lagi tindakan zalim dan kekerasan yang tidak adil. Ini sebenarnya satu amalan amat primitif lagi sudah lapuk hari ini dan hukuman 'murtad' ini haruslah diabaikan dan dimansuhkan sama sekali oleh mereka yang lebih waras, bertanggungjawab dan bertamadun.
Seorang lagi penulis dan pemikir Islam yang terkemuka, kali ini dari Britain - Yasmin Alibhai-Brown juga telah menyuarakan bantahannya seperti berikut :
"Satu hal yang penting orang-orang Muslim harus pelajari dengan betul ialah - bagaimana untuk menghormati orang-orang lain DENGAN CARA YANG SAMA sepertimana kita sendiri mahu dihormati. Yakni : untuk membuat tuntutan yang sama ke atas diri kita sendiri seperti yang kita membuat ke atas orang-orang yang bukan Islam. Ya, saya rasai bahawa penghormatan itu amat penting, TETAPI penghormatan adalah sesuatu hakikat yang dua-hala (harus diberi dan diterima).
"Contohnya, saya melihat kebanyakan orang Muslim tidak mengambil kisah hakikat bahawa terdapat ramai sekali umat Kristian yang tinggal di negeri-negeri Islam yang mengalami kekerasan, kesusahan dan macam-macam penindasan hak-hak mereka. Sesungguhnya, tidak terdapat gereja-gereja di Pakistan (contohnya) seperti ada banyaknya masjid-masjid di Britain!"
Yasmin Alibhai-Brown, "All Due Respect," Third Way 24.8, November 2001,ms.18.
Mengenai hal cara fikiran kebanyakan umat Islam yang buntu, kuno dan sangat primitif seorang lagi cendekiawan dan penulis Islam dari Pakistan, Izzat Majeed telah bersuara, berkenaan dengan Osama bin Laden dan kuncu-kuncunya :
"Kalau barbarisme dan keganasan Taliban adalah tafsiran awak (bin Laden) bagi masyarakat Islam yang agung, maka awak adalah seorang penghayal dan pemabuk suatu fantasi belaka. Jangan harapkan seorang Muslimin yang miliki setengah otak pun supaya mempercayai awak. Fikiran kepuakan yang cetek dan kepapaan yang merupakan ciri-ciri amalan orang Islam satu masa dahulu, ditolak sama sekali orang Islam hari ini.
"Hakikat terpupusnya intelektualisme Islam semenjak seribu tahun dahulu dan kemunduran keilmuan Islam hari ini adalah akibat umat Islam sendiri! Sifat itulah yang melahirkan budaya mullah yang mundur dan yang berleluasa di kalangan masyarakat Islam hari ini.
"Kebanyakan orang Afghan ingin supaya awak dan kuncu-kuncu asing awak itu jangan mendatangi dan mempengaruhi mereka. Supaya awak jangan masuk campur dalam hal-hal mereka sendiri. Dengan melahirkan puak Taliban dan bermaharajalela atas mereka, awak sudah kehilangan hak untuk menolong dan meningkatkan mutu hidup umat Afghanistan yang cukup panjang-sabar. Saya yakin setiap orang wanita bangsa Afghan ingin sekali mem'burqa'kan awak dan sebatkan awak secukup-cukupnya oleh kerana amalan Islam zaman batu awak itu!"
Izzat Majeed, "Open Letter to Osama bin Laden," The Nation (UK), November 9, 2001.
b) Persoalan Keganasan dan Sikap Anti-Amerika/Anti-Barat yang tidak munasabah
Mengapakah amalan-amalan Islam sangat cenderung kepada keganasan dan kekerasan - dari zaman dahulu (zaman khalifah-khalifah Islam) sehingga sekarang ( September 11, 2001 di New York, Osama, ledakan di Bali Dll) ?
Dan adakah semua masalah dan kesulitan dunia hari ini (termasuk masalah-masalah negeri-negeri Islam sendiri), hasil daripada tindakan 'dunia Barat' dan Amerika Syarikat sahaja? Z.Sardar dan Yasmin Alibhai-Brown jelasnya tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan Izzat Majeed pula berkata :
"Adalah TIDAK MUNASABAH bagi kita umat Islam, untuk menuduh dunia Barat bagi semua masalah-masalah kita.Kita seharusnya menguruskan semula 'rumah kita sendiri' terlebih dahulu, sebelum bermula berfikir bagaimana menghapuskan sikap dan sifat kejahilan kita, dan sikap memperagungkan 'zaman kegemilangan Islam' dulu kala-yang juga menyebabkan umat Islam sangat intoleran terhadap dunia moden ini!
"Jihad yang sebenar hari ini, bukanlah menghijack dan merempuh pesawat-pesawat penerbangan, tetapi, sebaliknya untuk mencipta pesawat-pesawat baru..
"Tanpa satu pembaik-pulihan dalam ajaran dan amalan-amalan Islam hari ini, yang akan membawa dunia Islam mengalami kemajuan yang sewajar, tiada harapan lagi untuk orang-orang Islam kita dimana-mana juga."
Izzat Majeed, "Open Letter to Osama bin Laden," The Nation (UK), November 9, 2001.
Dengan pengakuan yang sama, seorang penulis Muslim berbangsa Iraq, Kanan Makiya dari Harvard University mencabar umat Islam berfikir semula sikap 'Westophobia' dan anti-Amerika (dan Barat) di kalangan mereka.
"Orang Arab dan para Muslim hari ini, haruslah menghadapi kenyataan bahawa sikap membenci Amerika mereka sudah lama menjadi lapuk dan tidak lagi berasaskan kepada fikiran yang waras atau hakikat yang sebenar. Sebaliknya, sikap serong ini berkakar-umbi kepada teori-teori konspirasi dan sandiwara persubahatan yang sangat jahil, terutamanya kejahilan orang Islam mengenai bagaimana sebenarnya sebuah politi seperti kerajaan Amerika Syarikat berfungsi dan dilaksanakan.
"Sikap anti-Amerika (Westophobia) yang berleluasa di kalangan umat Muslim dan juga Arab hari ini juga akan mendorong dan memerangsangkan keghairahan mereka yang menyokong jenayah laknat seperti rempuhan pesawat di WTC pada '9-11' di Amerika untuk melakukan projek-projek terkutuk yang sama. Berjuta-juta orang Arab dan Muslim yang tidak mengganas akan dibawa lari oleh sekumpulan kecil pengganas-pengganas Islam yang melampaui batas!"
Kanan Makiya, "Fighting Islam's Ku Klux Klan," The Observer (UK)
Seorang lagi penulis Islam, Zayn Islam menyuarakan amaran kepada umat Islam yang berdiam diri mereka dan enggan menghadapi dan mendedahkan aksi-aksi pelampau-pelampau Islam :
"Muslim di serata dunia sudah bersalah bersubahat dan bersekongkol dengan pengganas dan pelampau-pelampau Islam ini pabila mereka tidak membantah dan mengutuk penindasan mereka terhadap kaum Wanita, kumpulan-kumpulan Minoriti, masyarakat majmuk (pluralistik), dan (mereka) juga menyesatkan kanak-kanak, serta melaksanakan perintah-perintah primitif dan lucu yang tidak bernaung kepada etika dan nilai-nilai Islam lagi, yang sanggup menggadai Yang Ilahi dengan sebuah pesawat serbuan."
"Masalahnya timbul apabila para alim dan berhemah dalam Islam, serta mereka yang mempunyai hikmat, terus diperdiamkan dan takut suarakan bantahan mereka-takut kerana dibalas dendam oleh pelampau-pelampau Islam konon. Selagi mereka berdiam diri begini, tidak ada harapan lagi bagi banyak masyarakat Islam."
Zayn Islam, "Death and Memory at Ground Zero: A Historian of Religion's Report", P.C.Johnson, Council of Societies for the Study oif Religion 31.1 (Feb.2002), 6.
Jelas sekali, bahawa dunia Barat atau Amerika Syarikat sahaja tidak boleh dituduh dan dipertanggungjawabkan bagi kemunculan pelampau-pelampau Islam yang mengganas! Sebaliknya, menurut penulis-penulis dan para cendekia Islam sendiri, Islam dan penganut-penganutnya sendiri mesti di pertanggungjawabkan dan dipersoalkan bagi ombak dan gelombang keganasan yang telah muncul dari dalam sistem Islam sendiri dan telah diberi kesinambungan oleh pelampau-pelampau Islam sendiri!
Mereka yang kononnya 'moderate' dalam Islam, tidak boleh berdiam diri lagi, sebaliknya, adalah tanggungjawab beretika mereka untuk menentang sekeras-keras dan sehebatnya ombak keganasan yang diamali dan dipelopori oleh sepupu pelampau-pelampau Islam mereka. Demikianlah saranan lima pujangga dan alim Islam di atas.Untuk berdiam diri dan tidak ambil tahu ancaman ini adalah kejahilan yang tidak bermoral.