Kitab Suci I N J I L

Tanya Yusuf : Haruskah saya membacakannya ?

'Haruskah atau tidak saya membaca Kitab Suci Injil? Ini adalah satu soalan yang bukan hanya ditanya oleh Yusuf tetapi oleh ramai orang Muslim dari berbagai budaya, bahasa, pengakuan dan umur. Jadi, jika anda juga sedang bergumul dengan soalan yang sama ini, cadangan-cadangan berikut boleh membantu anda mencari penyeselesaiannya.

"Saya seringkali mendapati diri saya terperangkap di antara dua pandangan yang bertentangan mengenai Injil.." kata Yusuf sekali lagi :

Yang pertama adalah kesaksian al-Quran tentang KS Injil, yang mengajar umat Islam bahawa Injil itu adalah satu Wahyu daripada Allah - Surah 3/65 dan 5/69 & 71, juga satu pembimbing kepada Manusia, penerang dan satu pengesahan kepada Kitab Taurat - Surah 3/3 dan 5/47.

Kedua, adalah hemat pendapat sekumpulan Ulamak saja - yang menegah pembacaan Kitab Suci Injil dan pada masa yang sama untuk mengkritiknya. Mereka luahkan hemat mereka bahawa kononnya 'KS Injil sudah dicemari, di ubah dan mengandungi cerita tidak bermoral dan kononnya al-Quran telah "memansuhkan utusannya".'

Sebelum mulakan perjalanan untuk membuktikan apakah hujah atas ini benar atau tidak, telitilah lima perkara berikut dengan berhati-hati…

Apakah Itu INJIL ?

Perkataan asal Yunani untuk Injil adalah Euanggelion, yang bermaksud khabar atau berita yang baik.

Euanggelion biasanya dipakai untuk mengumumkan satu kejayaan atau satu peristiwa istimewa dan penting dalam ertikata budaya Yunani.

Begitu juga dengan kelahiran Isa al-Masih sebagai Penyelamat (nama Ibrani baginda Yashu = Penyelamat, yang Membawa Keselamatan), telah diberitakan lebih awal oleh Malaikat sebagai satu Khabar Baik (Eunggelion) dari Allah, dalam Lukas 2 : 10-11.

Yesus yakni Isa al-Masih itu adalah kedua-duanya sekali - Berita Baik Allah kepada Manusia, dan pembawa Khabar yang mengisytiharkan Berita Baik Allah - seperti dipaparkan dalam Markus 1 : 15.

Oleh kerana itu, Euanggelion ialah satu 'istilah teknikal' yang dipakai untuk merujuk kepada koleksi dua puluh tujuh buku yang menghasilkan Injil. Penyataan asli yang dipakai untuk Injil ialah 'Perjanjian Baru.'

Perkataan 'Perjanjian' harus difahami sebagai suatu Perjanjian yang dibuat di antara dan yang mengikati dua belah Pihak.

Lihatlah nas-nas Al-Kitab yang berikut :

Yeremia 31:31,

Lukas 22 : 20, 2

Korintus 3:6,

Ibrani 8:8, 13; 9:15 & 12:24.

Perjanjian Baru adalah pengesahan Taurat Allah yang telah diberi kepada Nabi Musa, yaitu yang merupakan titik tengah Perjanjian lama.

 

Apakah INJIL kononnya telah "dicemari" ?

'Walaupun al-Quran menyatakan KS Injil itu satu Kitab yang telah diwahyukan, satu Pembimbing kepada Manusia, penerang serta pengesahan kepada Taurat, saya (si Yusuf) mendapatinya sukar untuk menjelaskan mengapa ada banyak perbezaan antara ajaran dalam Kitab Suci Injil berbanding dengan ajaran di dalam al-Quran. Untuk menerangkan perbezaan-perbezaan ini, para ulamak dan guru-guru di madrasah kami mengajar bahawa Injil yang asli telah "dicemari oleh perubahan" buatan umat Kristian. Namun demikian, saya tidak dapat menyetujui dengan ajaran yang dipelopori mereka ini dengan penyataan al-Quran dari Surah Yunus 10 ayat 64 :

"TIDAK BERTUKAR-TUKAR Kalimat Allah…"

Dan juga dari Surah al-An-aam 6 ayat 34 :

"TIDAK ada ORANG YANG BOLEH MENGUBAH Firman Allah itu."

Yusuf meneruskan kata-katanya lagi : "Kalaulah Injil telah 'dicemari', mengapa tidak ada dari antara mereka yang menuduh Injil telah dicemari berjaya memberi satu bukti pun berkaitan dengan soalan : Bila, Bagaimana, Oleh siapa, Dimana dan Sebab Apa KS Injil itu telah diubahkan!?"

Apakah 'perubahan-perubahan' itu dilakukan sebelum atau selepas al-Quran diturunkan? Jika sebelum, mengapakah Allah telah perintahkan Nabi Muhammad untuk merujuk kepada ahli-ahli Kitab seperti berikut :

"Jika engkau syak wasangka tentang apa yang kami turunkan kepada Engkau ya Muhammad, hendaklah engkau tanyakan kepada orang-orang yang membaca Kitab sebelum engkau. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang yang syak wasangka."
Surah 10 Yunus 94

Bagaimanakah Muhammad harus meminta nasihat tentang Al-Quran dari orang yang kononnya 'telah mengubah dan mencemarkan Kitab suci mereka'

Jika 'pencemaran' itu kononnya berlaku selepas kedatangan Al-Quran, bagaimana pula dapat pengkritik menerangkan kewujudan beribu-ribu nashkah manuskrip yang jauh lebih awal daripada al-Quran yang menyetujui dan mengamini dengan kandungan Kitab Suci Injil yang telah ada sehingga hari ini ?

 

Tanya Yusuf : Apakah INJIL diwahyukan ?

Kali ini, Yusuf menanya sahabat Kristiannya yang bernama Andy, "Orang Muslim percaya Injil itu telah diberi, diwahyukan, dan diajar kepada Isa (QS 5/49, 113, 57:27)."

"Apa pula dengan kepercayaan umat Kristian ?"

Hazrat Isa al-Masih tidak mengimlakkan risalat baginda kepada para Hawariyyun, yakni para pengikut-pengikut baginda. Seperti seorang majikan yang berikan imlakan atau dictationnya kepada seorang keraninya untuk dijadikan buku.

Murid-murid Al-Masih Isa telah mengikuti baginda ke mana-mana dia telah pergi dan melayani daripada hari pertama mereka telah dipanggil oleh Isa mengikutinya. Tetapi mereka tidak pernah bersubahat bersama-sama untuk membentuk, menyusun atau menghasilkan sebuah Kitab Injil.

Sebelum kewafatan, kebangkitan dan keberangkatan kembali Hazrat Isa, Dia telah berikat janji dengan murid-muridnya bahawa Dia akan mengutus Roh Kudus yang akan mendiami di dalam jiwa mereka, memenuhi mereka dan seterusnya membimbing mereka dalam pembangunan iman mereka - Yohanes 14:16-17.

Roh Kudus juga akan mengajar para murid Isa Al-Masih segala-galanya serta mengingatkan mereka tentang semua yang baginda telah lakukan dan katakan kepada mereka, seperti Isa sendiri telah menyatakan dalam Yohanes 14 ayat 6.

Janji Isa Al-Masih sudah termakbul kepada para Hawariyun pada Hari Pentakosta, yaitu hari di mana Roh Kudus sendiri telah datang kepada murid-murid baginda dan mendiami dalam mereka. Seperti tercatat dalam Kisah Para Rasul-rasul 2 : 1-4 (juga dalam ayat-ayat 15-21).

"Apabila hari Pentakosta telah tiba, semua orang yang percaya kepada AlMasih berkumpul di satu tempat. Tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah di mana mereka sedang duduk.

"Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ.

"Mereka dikuasai oleh Roh Allah dan mereka mulai berkata-kata dalam bahasa yang lain, menurut anugerah yang diberi oleh Roh Allah kepada mereka."

Oleh kerana itulah, Risalat Injil Al-Masih Isa diwahyukan dan diilhamkan oleh Roh Allah (yakni Roh ul-Kudus) kepada para hawariyun dan murid-murid baginda, Roh Allah itu bukan saja telah mengajar dan mengingatkan ajaran-ajaran Isa kepada para pengikut baginda, malah Dia telah memperkenankan dan menetapkan kehendak dan kerelaan Allah sendiri kepada mereka, supaya risalah dan ajaran-ajaran Isa Al-Masih itu sah dan kekal sehingga HARI INI!

 

Tanya Yusuf Lagi : "Sekirannya apa yang diucapkan umat Isa itu benar…"

"Saya hanyalah seorang biasa," kata si Yusuf. "Saya bukanlah seorang yang pakar agama yang dapat menyelami isu rumit ini. Yang saya benar-benar inginkan ialah KEBENARAN.

"Apakah 'bahayanya' jika saya membaca Kitab Suci Injil ?

"Bagaimanakah dapat saya tentukan sama ada Kitab Suci Injil, itu Firman Allah, jika saya tidak membacakannya diri sendiri?

"Jika apa yang dikatakan oleh umat Kristian salah, saya tidak rugi sebagai seorang Muslim.

"Sebaliknya, jika apa yang diucapkan umat Kristian itu adalah benar, apakah manfaatnya bagi saya terus sebagai seorang Islam ?"

"Isu Kebenaran ini bukanlah sekadar perbezaan pendapat sahaja, sebaliknya ia adalah persoalan kehidupan kekal abadi dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat!

"Saya seharusnya tidak boleh membiarkan isu ini ditentukan oleh orang lain!"

Yang PASTI ialah Allah maha Kuasa, yang mahu segala yang baik bagi umat Manusia, TIDAK akan menyatakan kebenaran tentang diri-Nya dalam dua pengajaran yang bertentangan untuk mengelirukan dan membingungkan umat-Nya.

Mengapakah saya tidak boleh membaca Kitab Suci Injil untuk membandingkan pengajarannya dengan pengajaran di dalam al-Quran ? Khususnya mengenai tajuk-tajuk seperti Isa Al-Masih, Pengampunan Dosa, Kehidupan Kekal Abadi, Hidup di Dunia dan di Akhirat dan sebagainya?

 

Tanya Yusuf : "Allah tidak ada Anak."

Jawab Andy :

Saya memang setuju dengan pendapat anda bahawa Allah tidak memperolehi Anak melalui perhubungan jasmaniah dengan Siti Maryam, seperti dicatit dalam Injil Lukas 1 : 34-35.

Istilah 'Anak' ini haruslah difahami di dalam konteks nas tersebut dan merujuk kepada perhubungan teristimewa dan unik antara Allah dan Al-Masih Isa dan boleh diandaikan seperti pertalian di antara seorang anak dan ayahnya.

Isa Al-Masih itu begitu akrab dengan Allah seperti mana anak dengan bapanya. Dalam bahasa Melayu pun ada bahasa kiasan yang menggambarkan maksud yang teristimewa yakni 'Anak Kunci' yang tidak bererti bahawa kunci itu telah beristeri lalu menghasilkan anaknya! Ungkapan-ungkapan lain yang wujud dalam bahasa Melayu adalah seperti 'Anak Sungai', 'Anak Buah' dan juga 'Anak Jalanan'. Mustahillah untuk kita fahami kata-kata tersebut secara jasmaniah atau pun fizikal, kan!

Walaupun begitu, contoh-contoh ini hanyalah tanda dan simbol untuk melambangkan kebenaran yang membantu kita memahami siapakah sebenarnya Allah itu.

Nas AlKitab dalam Ayub 11:7 dan Yesaya 40:8 mengingati kita bahawa Manusia itu tidak dapat memahami sepenuh-penuhnya siapa Allah itu, kerana Allah itu adalah Roh, serta Dia jauh lebih besar daripada kita!

 

Tanya Yusuf : "Bagaimanakah Boleh Saya Mula Membaca Kitab Suci Injil…"

"Bagaimanakah caranya boleh saya membaca sebuah Kitab Suci Injil ?" Tanya Yusuf, "Saya tidak pernah membacakannya sebelum ini."

Jawab Andy :

"Saudara Yusuf, Berikut adalah beberapa langkah-langkah yang dapat membantu anda membaca dan memahami Kitab Suci Injil :"

  1. Perolehilah sebuah terjemahan Kitab Suci Injil dalam bahasa yang anda dapat memahami.
  2. Aturkan masa dan tempat untuk membaca KS Injil tanpa gangguan.
  3. Mintalah bimbingan Rohul Kudus, yang telah menyatakan hakikat dan kebenaran kepada para murid-murid Isa al-Masih, untuk menyatakan maksud utusan serta risalah Injil kepada anda. Mintakan-Nya supaya membuka mata, minda dan hati anda itu.
  4. KS Injil dibahagikan kepada dua puluh tujuh buku. Setiap Buku itu dibahagikan kepada bab-babnya dan setiap bab pula dibahagikan kepada ayat-ayatnya, contohnya Yohanes 6:35 merujuk kepada Yohanes Bab 6 dan ayat 35.
  5. Bacalah sekurang-kurangnya satu Bab supaya anda memiliki fahaman yang lebih dalam, demi konteks ayat-ayat itu.
  6. Apabila anda membaca sesuatu yang menarik perhatian anda, benarkan diri anda masa untuk merenungi perkara itu.
  7. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan tentang Kitab Suci Injil secara am atau pun spesifis, sila hubungilah dengan kami melalui alamat emel yang tertera dalam laman web Bahasa ini!