ISA - PEMBERI KEDAMAIAN

Pengenalan

Pada zaman Isa Al-Masih, kedamaian ialah sesuatu yang sangat diharapkan oleh penduduk di seluruh jajahan Roman termasuklah mereka di tanah Israel. Walaupun pemerintah Roman pada masa itu cuba menghasilkan kedamaian politik, apa yang sebenarnya dicari oleh setiap manusia ialah kedamaian batin. Tumpuan falsafah-falsafah lama ialah kedamaian dan ketenangan minda. Mencari kedamaian sememangnya satu pencarian sejagat. Tiadanya peperangan dan konflik bukannya satu kepastian hati dan minda seseorang itu berasa damai.

Maksud Damai

Di dalam Injil perkataan damai digunakan sebanyak 88 kali dan membawa satu maksud yang unik. Injil, buku kedamaian, tidak menerangkan damai sebagai hanya tiadanya gangguan tetapi sebagai satu keadaan peribadi yang positif. Damai bukannya sesuatu yang dihasilkan oleh manusia tetpi merupakan satu keadaan yang dikurniakan Allah. Kedamaian yang sejati ialah satu keadaan yang wujud apabila Allah dan manusia berhubung dengan betul.

Al-Quran juga menyentuh isu ini dengan jelas. Dalam Surah Maryam 19:62 ada tertulis:

Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.

Yusuf Ali dalam keterangan yang diberinya tentang ayat ini berkata bahawa "salam, yang diterjemahkan (ucapan) selamat, ada satu maksud yang lebih luas. Ini termasuk

  • Keselamatan dan kekekalan yang tidak diketahui dalam hidup ini

  • Kesempurnaan, bebas dari kecacatan, (salim)

  • Perlindungan, keselamatan, pembebasan (sallama)

  • Sahutan, ikatan dengan orang di sekeliling kita

  • Berhenti, dengan maksud sudah puas hati atau kenyang, ada lebih

  • Maksud biasa damai iaitu bebas dari elemen yang mengacau.

Semua maksud ini terkandung dalam perkataan Islam." Sememangnya kita faham bahawa perkataan Islam bermaksud damai atau patuh dan diambil dari perkataan salam.

Jadi jelas kelihatan bahawa Injil dan Al-Quran memanggil manusia untuk memperoleh kedamaian yang mereka tidak dapat hasilkan dan beri kepada diri mereka sendiri.

Sumber Damai Yang Sejati

Damai dalam Injil adalah kurnia dari Isa Al-Masih.

Di dalam Injil, menurut Lukas 2:13-14, malaikat-malaikat dari syurga telah menyanyi apabila Isa dilahirkan. Beginilah bunyinya lirik lagu itu:

Dan tiba-tiba tampaklah bersama-sama dengan malaikat itu sejumlah besar bala tentera syurg yang memuji Allah, katanya: "Kemuliaan bagi Allah di tempat yang mahatinggi dan damai sejahtera di bumi antara manusia yang berkenan kepada-Nya."

Para malaikat ini tidak mengumumkan satu kerajaan politik yang akan mempromosikan kedamaaian sebagai salah satu agendanya. Mereka juga bukannya mengumumkan berhentinya konflik. Lagu mereka dengan ringkas memperkenalkan Isa Al-Masih sebagai Putera Damai yang akan mendamaiakan Allah dan manusia.

Isa Al-Masih ialah seorang pendamai semasa hayatnya. Di dalam khutbahnya yang luarbiasa yang terdapat dalam Injil Matius 5:9, dia mengucapkan satu berkat yang istimewa kepada semua pendamai. Isa Al-Masih berkata, "Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak Allah."

Damai Al-Masih patut memerintah hati kita.

Di dalam surat Kolose 3:15 ada tertulis kata-kata yang menarik ini:

Hendaklah damai sejahtera Al-Masih memerintah dalam hatimu, kerana untuk itulah kamu dipanggil menjadi satu tubuh. Dan bersyukurlah.

Perkataan memerintah dalam petikan ini ialah perkataan yang digunakan dalam acara sukan dalam mana seorang pengadil membuat keputusan atau memberi perintah. Tindak-tanduk kita tidak harus ditentukan oleh kehendak sendiri, kepahitan hati atau sikap tidak mahu mengampuni. Sebaliknya apa yang kita lakukan harus diadili dan ditentukan oleh damai dari Isa Al-Masih yang sedia dikurniakan kepada setiap manusia.

Damai Isa membekalkan satu perhubungan baru antara manusia dan Allah.

Kita boleh memiliki damai dengan Allah kerana melalui usaha Isa Al-Masih kita boleh menjalinkan satu perhubungan baru bersama Allah. Dalam surat Roma 5:1 ada tertulis kata-kata yang hebat ini:

Sekarang kita sudah berdamai dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Isa Al-Masih, Tuhan kita..

Isa telah menghasilkan damai, iaitu, dia telah menubuhkan satu perhubungan yang sejati antara manusia dan Allah melalui usahanya di atas kayu salib. Kenyataan ini jelas tertubuh dalam Injil. Contohnya, dalam surat Kolose 1:21-22 ada tertulis kenyataan-kenyataan menarik berikut:

Dahulu kamu jauh daripada Allah dan memusuhi Dia, kerana perbuatan dan fikiran kamu jahat. Tetapi sekarang, dengan kematian Isa Al-Masih, Allah menjadikan kamu sahabat-sahabat-Nya, sehingga kamu dibawa menghadap Dia dalam keadaan yang suci, murni, dan tidak bercela.

Tanggungjawab Manusia Dalam Proses Pendamaian

Sudah jelas, kedamaian ialah satu perkara yang sangat bernilai. Dalam Injil, empat perkataan dipakai untuk menerangkan tanggungjawab kita dalam mendapatkan dan memiliki damai.

  1. Kejar kedamaian

    Kita harus mencari kedamaian dan berusaha mendapatkannya dengan sungguh-sungguh. Usaha ini adalah mirip usaha seorang pemburu yang bersusah payah mencari mangsanya. Kedamaian haruslah menjadi sasaran semua yang kita lakukan.

  2. Bersungguh-sunguh tentang kedamaian

    Kita mesti bersungguh-sungguh dalam usaha kita untuk berdamai dengan Allah dan manusia lain. Bersungguh-sungguh bermaksud mencari sesuatu dengan semarak yang berapi-api.

  3. Percaya untuk mendapatkan damai.

    Apabila kita percaya kepada Allah, Dia akan memenuhi kita dengan damai, supaya kita penuh dengan keyakinan. Kedamaian terhasil apabila kita tahu dengan pasti dan percaya dalam kasih dan kuasa Allah.

  4. Tindakan diperlukan.

    Kedamaian akan menyertai semua orang yang berlaku baik. Kedamaian terhasil apabila kepercayaan disusuli dengan tindakan-tindakan yang baik dan betul.

Kedamaian Peribadi – Satu Tawaran

Beberapa tahun lalu seorang yang murung dan dukacita mencari kaunseling dari seorang pakar ilmu jiwa. Dia menerangkan bahawa dia tidak dapat ketawa dan tidak memiliki kedamaian. Pakar ini mencadangkan supaya dia melawat satu sarkas dan melihat pertunjukan badut yang pasti akan memberi dia satu sebab untuk ketawa dan kedamaiannya akan kembali.

Jawab orang yang dukacita itu kepada pakar ilmu jiwa yang sedang merawatnya, "Sayalah badut itu."

Apakah anda tanpa sukacita dan kedamaian? Apakah anda terganggu dan takut? Ada harapan untuk anda.

Apabila Isa Al-Masih meninggalkan dunia ini, dia tidak memiliki harta atau milik untuk diberi kepada pengikut-pengikutnya. Di dalam Injil menurut Yahya, Isa Al-Masih berkata,

Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku beri kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku beri kepada kamu bukan seperti yang diberi oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut – Yahya 14:27.

Apakah anda sedia memerhatikan dan memeluk tawaran kedamaian ini?