{ Hari 20 : Zabur bab 91 }

Kerana kau telah menerima hadrat Allah, tempat aku berlindung,
Tuhan Yang Maha Tinggi, sebagai tempat tinggalmu,
Maka bencana tidak akan menimpamu,
Dan wabak tidak akan hampir ke tempat kediamanmu;
Kerana Allah akan menyuruh para malaikat-Nya menjagamu,
Untuk memeliharakanmu di segala jalanmu.

Maka sekaliannya akan menatangmu,
Supaya jangan terantuk kakimu ke batu.

Kau akan memijak singa dan ular tedung,
Singa muda dan ular akan kaulanyak di bawah kakimu.

Kerana dia telah mengasihi-Ku, akan Kulepaskan dia;
Akan Kuberi dia kedudukan yang tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku.

Dia akan menyeru-Ku dan aku akan menyahut;
Aku akan berada di sisinya ketika dia kesesakan;
Aku akan melepaskan dan memuliakannya.

Dengan umur panjang akan Kuberi dia kepuasan,
Dan akan Kutunjukkan kepadanya penyelamatan-Ku.

 

Allah pelindungku dan Dialah yang kupercayai.

 

Undur | Mara | Indeks